ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut sholat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Allah mengabulkan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya tidak membinasakan umatku dengan musim
susah yang berpanjangan. Permohonanku ini dikabulkan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah dikabulkan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan karena perselisihan sesama mereka/tidak rukun (peperangan, perselisihan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku  tidak dikabulkan.

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri berselisih antara satu sama lain, hari ini orang Islam berselisih sesama islam sendiri, orang iman berselisih dengan orang iman sendir ,orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

1 comment: