Locked="false" Priority="73" SemiHidden="false"
UnhideWhenUsed="false" Name="Colorful Grid Accent 3"/>
Dari Anas r.a. berkata bahwa
ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka dia mendapat pahala
selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang
minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala
selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang
menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang
memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia
diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana selalu
mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang
yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka
terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik kedua orang tuanya.
No comments:
Post a Comment